"..apa ni?.."

"..geng^aka^pengikut.."

Monday, April 2, 2012

"..akhirnya, sampai jua waktu itu.."


..tanggal 26 Januari 2012 hari Khamis bersamaan 2 Rabiulawal jam 8:15 pagi, mak telah kembali ke Rahmatullah..
..teramat sedih tak terkata dalam hati...
..tidak salah firasat yang selalu bermain dalam hati semenjak 'update' blog yg terakhir tempohari..
..hiba teramat sangat hati ni bila memikirkan tentang mak tempohari..
..sampaikan 2 minggu sebelum mak pergi, aku tercium bau kapur barus dalam rumah..
..terus hati terdetik, "adakah akan ada kematian dalam rumah ni..siapa orangnya? mak kah?.."..
..semenjak itu, dari hari ke hari aku sering memerhatikan tubuh badan mak jikalau ada petanda2 lain..
..terlalu banyak, naun tak terluahan aku kepada ahli keluarga yang lain..
..hanya bermain dalam fikiran aku..
..sehingga petang sebelum mak meninggal, aku dan kakak mengelap badan mak..
..aku mula rasakan badan mak mulai mengejung..
..hati berdetik lagi "adakah sudah sampai masanya Allah mengambil semula mak dari kami.."..
..aku mendiamkan diri dan terus berfikir..
..keesokkan hari nya, abah membuat keputusan untuk menghantar mak ke hospital..
..abah mengeluarkan kereta, kakak menelefon ambulans dan aku menyiapkan perkakasan mak untuk ke hospital..
..dalam kekalutan menyiapkan segalanya, Allah menjemput mak tanpa adanya kami di sisi mak..
..ralat sungguh hati ini kerana tiada siapa antara kami menemami mak..
..tp aku yakin, mak sentiasa mengingati Allah..
..kerana aku tahu sepanjang tempoh mak sakit, abah telah mengajar banyak perkara mengingati Allah..
..Ya Allah, sesungguhnya dari Engkau dari datang dan kepada Engkau jua kami kembali..

..tanggal 18 Februari 2012 hari sabtu jam 9:30 pagi, aku menerima panggilan dari tempat aku kerja sekarang..
.."..tahniah ye Cik..anda telah berjaya dalam temuduga tempohari..Cik diminta melaporkan diri pada 1 Mac, hari Khamis jam 9.00 pagi.."..
..menangis aku kerana berita gembira ini..
..Ya Allah! Engkau yang Maha Mengetahui segalanya..aku redha dan bersyukur dengan ketentuanMu..
..hiba jua hati aku kerana tidak dapat berkongsi berita gembira ini bersama mak..
..namun, aku yakin mak mengetahui bahawa aku telah bekerja..
..setelah bertahun-tahun lamanya mak dan abah mengharapkan aku bekerja..
..akhirnya, tiba jua saat itu..

..tanggal 5 Januari 2012 hari Khamis jam 10.00 pagi aku dihendaki temuduga di tempat aku bekerja sekarang..
..masa tu, mak n abah gembira bila mengkhabarkan berita bahawa aku akan pergi temuduga..
..harapan mak n dan abah teramat tinggi mengharapkan aku memperoleh pekerjaan itu..

..tanggal 29 Mac 2012 hari khamis, aku memperoleh gaji pertama..
..teringat janji2 aku kepada mak dan abah..
..aku berjanji sekiranya aku memperoleh pekerjaan, aku ingin mengajak mak n abah makan di luar..
..juga aku ingin memberi wang bulanan kepada mereka..
..aku juga pernah berjanji kepada mak n abah, ke mana sahaja aku pergi akan aku bawa mereka sekali..
..aku berjanji untuk menjaga mereka..
..namun, mak telah pergi..

..tp aku tetap akan teruskan janji2 aku kepada mak n abah..
..kini,aku berharap dapat menjaga abah sebaiknya..
..seperti mana aku pernah berjanji kepada mak, begitu jua akan aku tunaikan kepada abah..
 ..MAK, SAYA SAYANG MAK SEUMUR HIDUP SAYA..
..ABAH, SAYA SAYANG ABAH SEUMUR HIDUP SAYA..

..walau apapun yang terjadi, hidup harus diteruskan..
..yang tinggal cuma kenangan yang teramat indah dan manis dalam hidup kita..
..dan setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Nya dan ada hikmah disebaliknya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...